Jenglot Di Bilik On Call


Buku Jenglot di Bilik On Call.

Sebagai pesakit bila ana baca buku ini, ibarat mendapat semangat baru, bagai disuluh cahaya di dalam gelap. Buku yang penuh dengan perkongsian ayatul quran, hadis dan kata-kata para ulama' tentang dunia perubatan ruqyah. Buku ni ditulis dalam bentuk novel. Jadi insyaallah pembaca dapat menghayati jalan cerita dengan baik.
Pernah juga ana menghadiri daurah tentang jin dan syaitan. Apa orang kata "kenali musuh anda" -lebih kurang macam tu la. Sangat berguna. Kenali musuh bukan untuk berasa gerun terhadap mereka, tapi untuk mencari titik lemah mereka. Bahakan, titik lemah mereka merupakan sumber kekuatan.
Bukankah solat itu kekuatan kita?
Bukan kah Al-quran itu kekuatan kita?
Sifat takut hanya kepada Allah juga kekuatan kita bukan?

Jika ya, jadi mengapa masih perlu takut dengan mereka? Sedangkan mereka yang perlu takut kepada kita. Jika tidak, bermakna masih ada perkara yang belum kita bereskan tentang akidah kita. Kesejahteraan akadah itu lah yang perlu dilunasi kerana ia tunjang segalanya.

Disihir? Disantau? - Masih sama.
Tidak perlu memberati fikiran; Siapa yang hantar? Guna bomoh mana? Sihir apa? Santau apa?
Tidak perlu untuk tahu bukan. Hanya akan membuatkan kita berfikir lebih panjang. Persoalan mengapa akan hadir.
Cukup kita pegang:
1. Ujian ini datang dengan izin Allah. Jika Allah tak izinkan, mereka juga tidak mampu berbuat apa-apa.
2. Kita dalam kalangan yang terpilih untuk diuji. Bersangka baik lah kepada Allah. Jika dicari, pasti dirasai Halawatul hikmah itu.
3. Sakit yang dirasai itu, kifarah dosa yang lalu bukan?

Jadi bersyukurlah, Allah memilih mu untuk diampuni dosa-dosa lalu. Ikhtiar dan usaha masih perlu. Jangan putus harapan kerana setiap penyakit pasti ada ubatnya. Kecuali mati!

#reviewbuku #jommembaca #asalbukujadiilmu #bacalah

Comments