Meow2 Si Neko


Ana tak ingat dimana bermulanya kisah si Meow2 ni tapi yang pasti si Meow2 ni memang banyak jugak mencoret kenangan dalam perjalanan kami Jelitawan SSCE sepanjang di UTM. Meow2. Itu lah gelaran yang kami bagi pada si kucing yang sentiasa berlegar-legar di aras asrama kami.

Kucing betina, berbulu warna putih serta terdapat warna coklat dan hitam sedikit pada badan dia. Satu antara tabiat Meow2 ni adalah melepak depan bilik sesiapa antara kami yang paling banyak selipar kat luar. Disaat kami berkumpul di dalam bilik beramai-ramai, Meow2 akan menjadi peneman setia kami diluar. Meow2 juga selalu melakukan cubaan untuk memasuki bilik sesiapa antara kami yang pintunya  terbuka. Disebabkan Meow2 jarang turun meninggalkan aras kami, maka menjadi tanggungjawab kami untuk memberi makan kepadanya setiap hari.

Meow2 such a lazy cat, always waiting for the food to be served and sleep is her hobby. Always trying to sneak inside our room. Always with the noise saying ‘meow’ no matter in the middle of night or at dawn. I believe she always trying to get attention too. Sometimes get fight with another cat. She choose to take a lift (with us)  rather than use the stairs to go down. And yet, still we did our best to take care of her.

Pada hari Isnin betarikh 01/05/2017, Meow2 telah selamat melahirkan dua ekor anak. Namun, kedua-dua anak Meow2 mati beberapa minggu selepas itu. Ana dan NAI bawa Meow2 ke klinik haiwan pada suatu hari. Satu perkara yang melucukan apabila tiada antara kami berdua dapat menjawab bila ditanya apakah nama si kucing. Seorang makcik yang berada disitu telah memberi cadangan untuk meletakkan nama Comel. “Kucing ni mengalami stress.” kata Doktor. Akhirnya, kami pulang ke asrama membawa berita bahawa Meow2 dalam keadaan baik (walaupun pada mulanya kami risaukan perutnya yang besar).

I think this a few memories that I can share here however I believe it must be more to be keep in our heart. Thanks Meow2 because be a part of our life.


Melahirkan.
Di dalam lif.
Berjumpa Doktor.


Selamat Tinggal Meow2.


“Tak pandai cari makan sendiri. Turun ikut tangga tak mau, nak jugak join naik lift. Jangan nanti takde orang, terkurung dia kat dalam pulak. Bubye meow2.”- NAI

NSD
SL220817
2144

Comments