HER WEDDING DAY, OUR MINI REUNION


Dengan Nama Allah, yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang…

It feels good if you have ideas to write, but it feels great if you know where is the starting point to write it.

Setelah sekian lama, baru malam ini ana berjaya untuk menaip semula. Dan kisah hari ni merupakan salah satu sejarah yang tercipta dalam kalangan ahli keluarga Jelitawan SSCE. Ana sangat memerlukan sebab yang kukuh untuk menjejakkan kaki ke bumi Johor sekali lagi selapas berjaya menamatkan zaman degree selama 4 tahun disana. This time, I did have one!

Pada tanggal 15 Disember 2016, salah seorang daripada kami telah selamat diijabkabulkan. Ya, tujuan utama ana ke Johor pada kali ini adalah untuk meghadiri walimatul urus seorang sahabat. Alhamdulillahirabbil ‘alamin. Barakallahu la kuma ana ucapkan. Selamat menempuh alam perkahwinan. Semoga sentiasa berada dalam mawaddah dan rahmat-Nya. Amin ya Rabb.

Tahniah sahabat! After all those hardship and challenges you have been facing these few years, you know had finally reach the goal. You were looking super duper gorgeous on your wedding day.




Princess of the day.

Selepas menghadiri majlis NR perjalanan kami diteruskan ke Paradigm Mall. Niat asal nak main ice skating, tapi nampaknya tempat permainan tu masih belum siap dibina. Jadi kami pon pusing-pusing jer lah dalam Paradigm Mall tu. Lepas puas berjalan, kami decide untuk makan sebelum masing-masing balik. Then here the story began!

Alkisah Jelitawan SSCE craving for burger. Niat kitorang nak makan cheezy burger kat The Burgers JB which is located around Muzium Tokoh Johor. So, kitorang follow je la waze tu. Mula-mula tu sesat, tak jumpa Muzium nya. Tapi, lepas jumpa Muzium tu, kitorang terlajak simpang pulak dan rupanya bila tengok iklan tempat tu bukak jam 7.30 malam.AHAHA!(nasib baik la jugak terlajak, kalau tak mesti kecewa jugak). Disebabkan dah maghrib so kitorang singgah solat maghrib berjemaah di surau berdekatan. Dengan harapan lepas solat berjemaah, rezeki dimurahkan, dapat la makan burger cheese.

Selepas solat jemaah(Alhamdulillah..), kitorang terus pergi Muzium tu sekali lagi tapi yang ada hanyalah kegelapan je kat situ(Yup, sekitar Muzium tu memang takde apa). Disebabkan semua kepenatan dan kelaparan, at last kitorang decide nak makan burger jugak tapi kedai lain. Burger Bakar Abang Burn, betul-betul terletak berhadapan Muzium Tokoh Johor(seberang jalan je) dan betul-betul kat belakang Shell. Apa yang menariknya, kitorang makan kat situ selain menikmati burger keju yang perghhhh!!! memang sedap, view dia. Kitorang makan betul-betul menghadap The Burgers JB.

P/s: Sebab The Burgers JB tu terletak disebalik Muzium Tokoh Johor tu. Yeah, we can see the light is there.
Burger Bakar Abang Burn.

Lepas makan, kat kedai tu jugak la salam-salam sebelum berpisah. Okay3! Lap air mata! Lap air hidung! Dah tiba masanya untuk MOVE ON. SEKALI LAGI.

NSD
R201217
2317

Comments