Mata Ketiga by Zulkifli Ahmad Idrus. |
Jom mengembara bersama penulis dalam alam mata ketiga. Untuk mereka-mereka yang minat novel seram boleh cuba baca buku ini sebab kisah-kisah yang berlaku, ditulis berdasarkan pengalaman sebenar penulis yang sangat menarik untuk dibaca dan debaran yang dirasai seolah-olah meletakkan diri ini sebagai salah seorang watak yang turut sama merasai pengalaman daripada sang penulis. Pengalaman yang penuh warna-warni penulis kongsikan dapat membuka mata kita tentang kewujudan alam-alam yang lain. Kita dan mereka berkongsi bumi yang sama dalam alam yang berbeza. Bukankah itu sudah cukup membuktikan kekuasaan Dia? Jangan kerana pandangan manusia yang terbatas, kewujudan mereka dinafikan. Mereka ada! Sentiasa ada disekeliling kita.
Ana tidaklah mempunyai mata ketiga. Tapi ada beberapa kisah dalam hidup ana yang terpaksa dikaitkan dengan dunia ketiga ini. Pernah suatu malam awal tahun 2009, sewaktu ana sedang tidur tiba-tiba tersentak kerana berasa ada pergerakan seperti orang merangkak naik ke atas katil. Walhal, adik ana seddang tidur nyenyak disebelah ana. Hanya kami berdua tidur di dalam bilik itu. Tak lama selepas itu, seluruh badan ana tak boleh bergerak. Seperti ada sesuatu yang memegang tangan dan kepala. Alhamdulillah, Allah tak izinkan ana nampak apa yang mengganggu ana waktu itu. Jika tidak, mungkin juga ana akan demam seminggu!
Ana percaya masih ada dalam kalangan masyarakat yang tidak mempercayai kewujudan makhluk-makhluk ghaib ini. Tapi tak kurang juga antara mereka yang mempercayai bahkan kehidupan seharian mereka mungkin terpaksa berkait dengan makhluk dari dunia ketiga ini. Golongan ini terpaksa berperang dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Jika itu yang tertulis, kita sebagai hamba tidak akan mampu melawan. Kita hanya mampu berdoa diberi kekuatan untuk melaluinya. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kesenangan.
NSD
K190418
2155
Comments
Post a Comment