Allahuakbar2X..
Kedengaran iqamat dilaungkan namun tempat imam masih kosong. Masing-masing mengelak untuk menjadi imam. Hahaha! Ini lah dilema Jelitawan-jelitawan ni. Kalau di ajak berjemaah, bilik mesti penuh tapi tempat imam mesti kosong. Ada antara mereka yang menjadi imam tetap. Ada antara mereka, bila di suruh jadi imam lantas mereka kedepan. Ada juga yang bila ditawarkan bacaan doa selepas solat baru sudi jadi imam ("Takpe...Biar aku baca doa"). Ada juga yang setia dengan saf belakang. Katanya belum bersedia. Ahahahah! Macam-macam ragam kita semua dulu.Tapi itu semua bukan keutamaannya. Perkara pokok kat sini adalah berjemaah adalah rutin kita hampir setiap waktu. (Please baca betul2, bukan berjemah ye kawan2)
pernah suatu ketika dalam bulan Ramadan, kita menjadualkan giliran menjadi imam dan memasak untuk sahur. Tahniah kepada semua kerana jadual kita terlaksana dengan jayanya. Kepada yang belum pernah menjadi imam, akhirnya berjaya menjadi imam buat kali pertama. Can you feel it! I am proud to be your first makmum.
Permulaan kisah kita dalam tahun pertama di UTM, doa ini telah di tulis semata-mata untuk mengajak kita semua merasai pengalaman menjadi imam. Tahniah semua! Let's continue to spread dakwah.
Semoga hati kita yang bertaut kerana Allah kekal ke Jannah.
Doa selepas solat. (Untuk Imam) Ditulis pada Selasa 07/01/2014. |
Ramadan chores 2015 by NSBY. |
NSD
J260118
1108
Comments
Post a Comment