Telefon berbunyi menandakan satu notification Whatsapp masuk. Mesej berbunyi “Jemputan menghadiri majlis walimatul urus”. Ini bermaksud salah seorang daripada sahabat kami (sahabat SSCE) akan berkahwin. Ini juga bermaksud telah lama juga ana tidak menulis. Oleh yang demikian, entri ini adalah untuk menceritakan kisah sepasang sahabat SSCE yang telah selamat diijabkabulkan pada 15 September 2018 yang lalu.
Masih segar dalam ingatan ana bila Naim memberi ucapan terima kasih kerana telah menghadiri majlis perkahwinan anak beliau. HAHAHA! Can you remember? Malam tu Mathematician Dinner. Bila senior2 suruh setiap kelas buat persembahan untuk dinner tu, kita come up with this idea. Jadi pada malam tu, pasangan yang bersanding kat atas pentas tu; Choa & Zuhey. Kan bagus kalau ana dapat sertakan gambar di sini. Malangnya, beberapa insiden telah berlaku menyebabkan memori - memori lama telah terpadam(dalam laptop ni).
15 SEPTEMBER 2018
Hari ini, kejadian yang sama berulang cuma beza nya kali ini disertai akad. Dihadiri saudara mara. Naim masih ada, hadir sebagai sahabat. Kalian disatukan atas dengan satu lafaz bersama dengan perasaan cinta. Selepas 1001 ujian yang kalian lalui; yang tidak mahu ana nyatakan disini. Biarlah pengalaman itu menjadi guru buat kalian dalam meneruskan bahtera perkahwinan ini.
Selepas segala usaha. Selepas seliter air mata. Tahniah ana ucapkan! Tahniah juga dari kami sahabat SSCE yang lain. Kami yang sentiasa mendengar cerita dan luahan mu suatu ketika dahulu turut bahagia. Kami akan sentiasa mendoakan kebahagiaan kalian. Tahniah sahabat ku NNN dan pasangan(Zuhey)!
Hari bahagia! |
Selamat Pengantin Baru. ChoaXZuhey |
Jodoh itu rahsia Allah kan. Disaat kita berasa dia lah orangnya, bahkan bukan. Disaat kita berasa belum siap, dia hadir. Disaat kita berasa mahu-semahu nya menikah, malah ditunda-tunda. Pabila dicari, malah semakin tidak jumpa. Tapi bila tak cari, memang terus takde yang datang. Aneh-aneh soal jodoh ni.
NSD
SB120119
2159
Comments
Post a Comment