Bila ada seorang rakan sekerja tempah kimbab kat kami, baru la kami ada semangat nak bersama-sama beraktiviti membuat kimbab ni. Teringat zaman belajar di UTM dulu, kami selalu juga buat kimbab ni beramai-ramai. Dah memang jadi aktiviti untuk berukhwah kami. Seronok bila dapat bahagi-bahagi tugas untuk buat kimbab ni. Ada yang potong sayur. Ada yang masak nasi. Ada yang goreng telur. Ada yang gulung kimbab. Ada yang potong kimbab dan susun cantik-cantik. Rindu nya kenangan bersama Jelitawan SSCE ni.
Jadi, mari ana kongsikan bahan-bahan dan cara-cara nak buat kimbab. Dengan harapan, ia membantu ana dan sesiapa saja Jelitawan SSCE yang baca post ni untuk kenang semula memori-memori kita bersama.
Bahan - bahan yang diperlukan:
1. Timun jepun
2. Lobak merah
3. Sosej / Isi Ketam
4. Telur 4 biji (mengikut keperluan)
5. Beras (jenama Sumo)
6. Seaweed
7. Tuna
8. Mayonis
9. Tikar buluh (untuk gulung kimbab)
Cara-cara:
1. Timun jepun dihiris halus secara memanjang.
2. Lobak merah dihiris halus secara memanjang. Goreng lobak ni.(sekejap je tau. Haha!)
3. Sosej / Isi ketam di rebus dan dihiris halus secara memanjang.
4. Telur di goreng telur dadar dan dihiris halus secara memanjang.
5. Beras dibasuh dan dimasak. [1 cawan beras bersamaan 2 cawan air ]
6. Tuna dan mayonis digaul sekali.
7. Mula-mula, ambil tikar buluh dan letak kan seaweed kat atas dia. Lepas tu, ambil nasi yang dah siap masak (pastikan dah betul-betul sejuk tau!) tadi, letak kan atas seaweed dan sapukan tunamayo (tuna + mayonis).
8. Kemudian, ambik timun, lobak merah, telur, sosej/isi ketam susun kat atas nasi yang dah disapu tunamayo tadi. Lepas tu, gulungkan. [Haa! Hati-hati ye, jangan sampai terkeluar pulak isi-isi dia.] Dan lepas gulung, sediakan pisau dan papan pemotong siap-siap. Ikut la nak potong tebal mana pun. Kitorang potong seinci. Haha!
Lepas dah siap potong, boleh la susun cantik-cantik dalam bekas. Sedia untuk dimakan. Biasanya, kimbab ni ada kicap khas dia nak buat pencicah. Tapi kitorang tak pernah tau pun nak buat macam. Boleh je beli kat kedai-kedai.
Itu sajalah yang dapat ana kongsikan dalam entri kali ini. Sebarang pertanyaan, komen atau penambahbaikan boleh tulis di ruangan komen ye. :)
Kepada semua sahabat Jelitawan SSCE, ana nak bagitau, ana rindu! <3
NSD
SL230419
1548
Menara DBKL 3
Comments
Post a Comment