THE TRUTH

 #Remember1604 

16.04.2014
Tarikh berlakunya Tragedi Sewol. 476 penumpang, seramai 325 merupakan pelajar sekolah menengah. Hanya 172 yang terselamat. Kebanyakan penumpang meninggal dunia (baca: dib***h) di dalam Sewol. 

Time ni ana dan jelitawan, kitorang masih tahun pertama degree.
Sebelum itu, tragedi MH370 (08.03.2014). Yang ni pun sama. Sampai sekarang tak tau apa jadi. Tapi ana tak tengok lagi dokumentari, just baca satu blog je dulu-dulu. Tapi tak ingat kat mana.

16.04.2019
Genap 5 tahun berlakunya tragedi tersebut.

Then, beberapa hari yang lepas, barulah ana tergerak untuk cari apakah sebenarnya yang berlaku, kenapa macam teruk sangat. Macam ana tak banyak kerja kan, padahal banyak je kerja yang menunggu untuk diselesaikan.

Banyak dokumentari kat Youtube korang boleh cari. Ana yang tengok je ni pun geram.
Padahal boleh je pergi selamatkan budak-budak tuu. Kenapa selfish! 

Ada je orang yang nak tolong, yang dah sedia nak turun, tinggal tunggu arahan je. Ada volunteer yang dah ada alatan yang lengkap dah pun, yang dah terbukti berkesan contohnya, The Diving Bell. Kenapa nak halang?!!!

All in all, from the bottom of my heart i'm really grateful kepada mereka yang  berusaha sebarkan kebenaran, nelayan2, civilian divers, etc. Yang banyak sekali membantu ialah civilian divers. Mereka -mereka inilah yang banyak kali cek part-part dalam kapal yang dah tenggelam tuu. Even diorang sendiri trauma. 

Sampai ana sendiri yang rasa terharu. Banyak gila kot halangan mereka yang minta atau mereka yang nak sebarkan apa sebenarnya yang berlaku. Mereka-mereka ini dihalang daripada setiap level, semua arah. Orang yang tidak punya kuasa, tidak punya connection memang kena macam ni ke? 
Sedih kot, kalau tengok, budak-budak tuu masih mengikut arahan supaya stay kat tempat masing-masing. Padahal kapal tu dah >45° senget! Mereka percaya yang mereka akan diselamatkan, tapi rupa-rupanya tak. Dan mereka tahu mereka akan tenggelam bersama-sama Sewol, jadi mereka tinggalkan pesanan untuk keluarga masing-masing.   Nangis sampai keluar hingus kowt.

Ni bukan setakat kemalangan, ni dah pembunuhan secara besar-besaran. Apa namanya, Mass Murder atau ape-ntah-namanya... yang macam pemusnahan ke ape ntah... tak berani nak sebut ahh... takut.
Kalau korang cari kat Youtube ada banyak. Tengoklah yang 8 jam tuu, hughly rwcommended, yang tu memang dia buktikan satu-satu macam mana kapal tu boleh tenggelam. Sebab..

...Kapal Sewol tu bukan senang-senang boleh tenggelam tau. Come on, dibuat di Jepun. Mestilah high quality, walaupun dia dah renovate. Melainkan..... hmmmm.

Ana tak minta korang memihak kepada mana-mana. Tengok sendiri, nilai sendiri. Ana pun tidaklah melakukan penyelidikan, hanya berdasarkan video-video di Youtube, rakaman-rakaman pada hari kejadian yang dikongsi, dan beberapa investigation oleh stesen-stesen persendirian yang tidak dipengaruhi mana-mana pihak di sana.


Dah 3 hari berlalu since 5th Anniversary of Sewol, tapi ana pun masih tak boleh move on.
Hukuman pun telah dijatuhkan dan Sewol pun telah dinaikkan from underwater. Hidup perlu diteruskan. Kebenaran perlu ditegakkan. Betullah lagi susah nak tegakkan yang hak daripada yang batil.

Banyak je lagi benda yang ana tak sebut di sini. Macam sebab berlakunya tragedi, sejarah negara tersebut, turutan kejadian, kesan kepada kerajaan, gerakan keagamaan, The Sewol Generation, apa lagi. Banyak lah. Boleh cari.

Kepada keluarga mangsa Sewol,
The truth shall not sink with Sewol (is a quote i really like). Kebenaran akan terbukti. Hanya masa yang menentukan. Semoga sentiasa tabah dan tidak berputus asa. We will always remember.
Love from Malaysia.

*I really need to start learning Deep Learning, NOW!
**All the best untuk member-member SCPH Johor yang akan menduduki ujian SRP 20/4/2019 ini.


1830
180419
NSBY

Comments