JANJI

Assalam and Hi

Jadi, 2 hari yang lepas.
Masa terawih kat Taman Cahaya (nampak tak, tak khusyuk kat situ, tsk tsk tsk), ana tiba-tiba terfikir benda ni.

"Kenapa orang yang tak tepati janji itu termasuk dalam sifat orang munafik?"
➕ a keyword : 'Janji itu Hutang'.


For a quick tour, 
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ditambah dalam riwayat Muslim : Walaupun dia berpuasa, bersembahyang dan mendakwa diri Muslim.
Huraian Hadith :
  1. Sifat munafik ialah salah satu sifat yang sangat dibenci oleh Allah SWT. Oleh itu, Umat Islam hendaklah menjauhi sifat tersebut.
  2. Tanda-tanda orang munafik ialah orang yang suka bercakap bohong, memungkiri janji apabila berjanji dan tidak menunaikan amanah.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin







So, this is what I came up with.

Janji (tempoh masa)
Amanah yang telah diberikan (kepercayaan orang)
Bertangguh, sambil lewa
Tak jaga masa
Takde masa
Masa tak cukup
Minta extra masa
Tidak menunaikan amanah
Tak tepati janji
Alasan (fake)

Menipu
Pura-pura
Munafik



Permulaannya bila kau ambil sambil lewa je. Bila kau dah janji tapi tak buat, sebab tu laah jadi hutang. Bila tak tepati janji, orang susah nak percaya. Bila orang tak percaya, habislah. Susah nak dapatkan kepercayaan orang. So, bila kata buat, buatlah... jangan tak buat.

JUST MY 2 CENTS. 

Anyway,
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan bagi yang boleh berpuasa! ( ´ ∀ `)ノ~ ♡

1137
070519
NSBY

Comments