2014.
Pernah suatu ketika, ana menonton satu sinetron Indonesia bersama adik ana. Tidaklah ana menonton setiap episod secara total, hanya beberapa episod sahaja. Walau bagaimanapun, ada beberapa part yang menarik hati ana untuk ana layan sinetron ini. Namun, sinetron yang ditayangkan waktu itu dah masuk Season 2. Maksud nya, ana dan adik ana terlepas Season 1.
Sinetron ini menarik. Elemen ilmu, keluarga, sahabat, cinta, lucu semua bercampur dan disampaikan dengan baik. Tapi elemen yang paling berjaya menarik hati ana dan adik ana adalah elemen: Islam itu syumul yakni islam itu menyeluruh. Persekitaran cerita yang cuba disampaikan berfokuskan tentang masyarakat islam, tentang bagaimana kita sepatutnya mempraktikkan islam dalam seluruh kehidupan kita. Bersesuaianlah dengan tajuk sinetron ini.
Namun begitu, oleh kerana kisah ini berlaku beberapa tahun yang lalu, sejujurnya ana tak dapat mengingati input2 atau tarbiah yang ana dapat ketika menonton sinetron tersebut.
2018.
Hari ni, tiba-tiba ana teringat semula tentang sinetron tersebut. Ana mencari semula di laman sesawang tapi kali ini ana mulakan dengan Season 1. Mari ana kongsikan satu ilmu yang ana dapat daripada episod 2 sinetron ini. Sedikit sahaja perkongsian kali ini tapi hikmahnya besar untuk diaplikasikan dalam kehidupan sebagai hamba yang hidup atas muka bumi Allah.
Perkongsian ini tentang konsep memberi atau erti kata lain sedekah.
(Yup! Hampir membuatkan ana ketawa sendiri.) Tapi penjelasan disebalik kata-kata itu membuat ana berasa kerdil. Bagaimana mereka boleh lihat perkara yang remeh sebegitu menjadi hikmah yang sangat besar? Adakah ana terlalu jahil unuk menyedarinya?
"...kita tidak menyesali dan tidak akan pernah mahu melihatnya lagi."
Nah! TIDAK MENYESALI dan TAK NAK INGAT lagi!
Pada ana, ayat ni cukup terkesan. Bagaimana pula dengan antum semua? Jika kita berjaya memegang konsep ini dalam amalan bersedekah, ana percaya pasti lebih mudah untuk kita bersedekah. Mungkin ketenangan akan lebih dirasai setiap kali kita menghulurkan.
Semoga kita sama-sama peroleh hidayah daripada-Nya.
Kisah ini tentang ana. Tapi ada sesuatu yang ana ingin kongsikan dengan semua.
p/s: Kehadiran teman sepejabat dari Indonesia yang buat ana ingat tentang sinetron ni. So, terima kasih untuk mereka.
Pernah suatu ketika, ana menonton satu sinetron Indonesia bersama adik ana. Tidaklah ana menonton setiap episod secara total, hanya beberapa episod sahaja. Walau bagaimanapun, ada beberapa part yang menarik hati ana untuk ana layan sinetron ini. Namun, sinetron yang ditayangkan waktu itu dah masuk Season 2. Maksud nya, ana dan adik ana terlepas Season 1.
Sinetron ini menarik. Elemen ilmu, keluarga, sahabat, cinta, lucu semua bercampur dan disampaikan dengan baik. Tapi elemen yang paling berjaya menarik hati ana dan adik ana adalah elemen: Islam itu syumul yakni islam itu menyeluruh. Persekitaran cerita yang cuba disampaikan berfokuskan tentang masyarakat islam, tentang bagaimana kita sepatutnya mempraktikkan islam dalam seluruh kehidupan kita. Bersesuaianlah dengan tajuk sinetron ini.
Namun begitu, oleh kerana kisah ini berlaku beberapa tahun yang lalu, sejujurnya ana tak dapat mengingati input2 atau tarbiah yang ana dapat ketika menonton sinetron tersebut.
2018.
Hari ni, tiba-tiba ana teringat semula tentang sinetron tersebut. Ana mencari semula di laman sesawang tapi kali ini ana mulakan dengan Season 1. Mari ana kongsikan satu ilmu yang ana dapat daripada episod 2 sinetron ini. Sedikit sahaja perkongsian kali ini tapi hikmahnya besar untuk diaplikasikan dalam kehidupan sebagai hamba yang hidup atas muka bumi Allah.
Perkongsian ini tentang konsep memberi atau erti kata lain sedekah.
"Sedekah itu diibaratkan kita membuang air besar..."
"...kita tidak menyesali dan tidak akan pernah mahu melihatnya lagi."
Pada ana, ayat ni cukup terkesan. Bagaimana pula dengan antum semua? Jika kita berjaya memegang konsep ini dalam amalan bersedekah, ana percaya pasti lebih mudah untuk kita bersedekah. Mungkin ketenangan akan lebih dirasai setiap kali kita menghulurkan.
Semoga kita sama-sama peroleh hidayah daripada-Nya.
Kisah ini tentang ana. Tapi ada sesuatu yang ana ingin kongsikan dengan semua.
p/s: Kehadiran teman sepejabat dari Indonesia yang buat ana ingat tentang sinetron ni. So, terima kasih untuk mereka.
Sinetron yang dimaksudkan.
NSD
SL100418
1158
Comments
Post a Comment