Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Dipangkuan isteri mu Humaira
Menunggu saat ketika nya
Di angkat roh mu bertemu yang Esa
Tangan dicelup dibejana air
Kau sapu dimuka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada mu ummat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwa mu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergian mu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Dipangkuan isteri mu Humaira
Menunggu saat ketika nya
Di angkat roh mu bertemu yang Esa
Tangan dicelup dibejana air
Kau sapu dimuka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada mu ummat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwa mu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergian mu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia kan mati akhirnya
Setelah tahu ajalnya semakin dekat melalui wahyu, Rasulullah SAW menyampaikan perpisahan kepada seluruh manusia di dalam Haji Widak (Haji Perpisahan). Ketika itu, hati para sahabat bergelojak, gelisah dan takut seandainya ajal Rasulullah telah pun dekat. Padahal, apabila sudah datang ketetapan daripada Allah, maka ia tidak boleh diundur. Ketika berita kewafatan Rasulullah SAW tersebar, seluruh sahabat kebingungan kerana waktu-waktu genting dan malapetaka akan tiba.
Madinah bergoncang hebat. Kecemasan yang melanda sebahagian besar sahabat yang terlebih dahulu memeluk islam tidak terkendali lagi. Di antara mereka ada yang kelu lidahnya dan tidak dapat berbuat apa-apa. Bahkan Umar r.a. sampai menghunus pedang untuk melarang orang-orang untuk mengucapkan , "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah wafat." Dia menyangka Baginda tidak sedarkan diri dan akan segera pulih.
Hanya Abu Bakar r.a. yang tabah. Dia mendekati jenazah Rasulullah SAW yang terbujur di atas pembaringan, lalu kemudian mencium dan berkata, "Demi ayah dan ibuku, aku tebus engkau, wahai Rasulullah. Alangkah engkau sangat menyenangkan, baik hidup ataupun mati! Kematian yang telah ditentukan Allah ke atas engkau rasakan. Engkau tidak akan pernah terkena kematian lagi setelah itu selama-lamanya. Wahai Rasulullah, ingatlah kami disisi Tuhanmu."
Abu Bakar keluar menemui orang ramai, lalu kemudian berpidato di hadapan merek, "Wahai manusia, barangsiapa menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad telah mati dan barangsiapa menyembah Allah, maka Allah tetap hidup tidak akan mati." Abu Bakar kemudian membaca Surah Ali-Imran 3:144.
"Dan Muhammad hanyalah seorang rasul; sebelumnya telah berlalu beberapa orang rasul. Apakah jiwa dia wafat atau dibunuh, kamu berpaling ke belakang (murtad)? Barang siapa berpaling ke belakang, maka dia tidak akan sedikitpun merugikan Allah. Allah akan memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur." - Ali-Imran (3:144)
Ketika Abu Bakar membacakan ayat ini, para sahabat tersedar daripada kekalutan mereka. Mereka seakan-akan tidak pernah mendengar ayat itu sebelum ini. Abu Bakar meriwayatkan, "Umar berkata, 'Demi Allah, tiba-tiba aku mendengar Abu Bakar membaca ayat itu, lalu aku tercengang sehingga aku rebah ke tanah. Kedua-dua kakiku tidak berdaya menahanku lalu aku pun menyedari bahawa Rasulullah SAW, telah tiada."
Asbabun nuzul:
Ibnu Munzir berkata "ketika para sahabat berceri-berai dan terpisah daripada Rasulullah SAW ketika perang Uhud, Umar naik ke atas gunung dan mendengar orang Yahudi berteriak "Muhammad telah terbunuh!" Umar berkata "Tidak akan kubiarkan orang yang mengatakan Muhammad telah terbunuh, pasti akan ku penggal lehernya."
Setelah kejadian itu, Umar melihat Rasulullah SAW dan orang- orang kembali ke khemah masing-masing. Maka turunlah ayat diatas yang menegaskan bahawa wafat nya Nabi merupakan hal yang biasa.
Nota:
Nabi Muhammad SAW ialah seorang manusia yang diangkat Allah menjadi Rasul. Rasul-rasul sebelumnya telah wafat kerana terbunuh, ada pula yang kerana sakit biasa. Oleh itu, Nabi Muhammad SAW juga akan wafat seperti halnya rasul-rasul yang terdahulu itu. Pada waktu berkecamuknya Perang Uhud, tersiar berita bahawa Nabi Muhammad SAW mati terbunuh. Berita ini membimbangkan kaum muslimin sehingga ada yang meminta perlindungan daripada Abu Sufyan (pemimpin kaum Quraisy).
Sementara itu, orang munafik mengatakan bahawa jika Muhammad itu seorang Nabi sudah tentu dia tidak akan mati terbunuh. Maka Allah menurunkan ayat ini untuk menenteramkan hati kaum muslimin dan membantah kata-kata orang munafik itu (Sahih Bukhari bab "Jihad").
Abu Bakar r.a. mengemukakan ayat ini di mana terjadi pula kegelisahan di kalangan para sahabat pada hari kewafatan Nabi Muhammad SAW untuk menenteramkan Sayidina Umar Ibnul Khattab r.a. dan sahabat-sahabat yang tidak percaya tentang kewafatan Nabi itu.(Sahih Bukhari bab "Ketakwaan Sahabat").

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhana lah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cinta mu selamanya
Ya Rasulullah
kau tinggal kan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
kami MERINDUIMU.
Petikan diatas hanya ditulis semula oleh ana. Sumber rujukan adalah Al-quran terjemahan. Beberapa hari lalu sewaktu sedang membaca Al-quran, ana terdetik untuk baca tentang kisah Kewafatan baginda. Lalu terngiang-ngiang lagu Pemergianmu nyanyian Inteam. Melalui lagu ana tahu serba sedikit kisah ini, tetapi melalui pembacaan kisah ini lebih berjaya dihayati. Mari semua, kita menghayati kisah kewafatan baginda agar kita lebih sedar betapa cintanya baginda kepada kita. Mari berselawat ke atas baginda!
NSD
A200519
CHERAS
Comments
Post a Comment